Selamat Datang ke Mori Mori Eatery: Port ‘Healing’ & Makan Terbaru di Kajang

🪴 Makan. Santai. Healing. Terletak di Lot 369, Jalan Cheras (betul-betul berhadapan SMK SAAS), Mori Mori Eatery adalah sebuah destinasi family eatery yang menghimpunkan 9 vendor makanan & minuman unik di bawah satu bumbung. Kami bukan sekadar kedai makan; kami adalah sebuah komuniti yang dibina untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama rakan dan keluarga.


Kenapa Mori Mori Eatery?

Lupakan khabar angin lama tentang “rumah hantu” atau sarang tebuan. Kami telah mentransformasikan ruang ini menjadi sebuah “port” yang luas, berkonsepkan terbuka, dan penuh dengan kehijauan.

Sama ada anda mencari kopi yang kick, matcha yang creamy, atau nasi lemak yang mengenyangkan, Mori Mori adalah “landowner” kepada pelbagai jenama viral yang anda pasti kenali:

  • Cartel Coffeeshop: Pakar makanan Western yang kami import dari Bangi
  • Temaya Matcha: Pakar matcha Jepun dengan adunan unik (Pistachio, Strawberry, Yam).
  • Tsuki Coffee: Destinasi wajib bagi peminat kopi kraf dan suasana minimalis.
  • Aneka Juadah: Dari Wood-fired Pizza yang rangup, Nasi Lemak tradisi, hingga ke pelbagai Desserts untuk pemanis mulut.

Waktu Operasi & Lokasi

Kami sedia menerima kunjungan anda untuk berbuka puasa, makan malam, atau sesi “moreh” sehingga lewat malam.

  • 📍 Lokasi: Lot 369, Batu 13 1/2, Jalan Cheras, 43000 Kajang (Opposite SMK SAAS)
  • 📅 Hari Operasi: Dibuka setiap hari (Tutup setiap Rabu)
  • 🌙 Waktu Ramadhan: 6:00 Petang – 1:00 Pagi

Jom Moreh di Mori Mori!

“Ada orang cakap tempat ni berhantu… tapi jangan risau, kami dah ‘pagar’ awal-awal dengan aroma kopi dan pizza yang sedap!”

Jangan lepaskan peluang untuk rasa sendiri pengalaman makan di kawasan terbuka yang mendamaikan. Tag kami di media sosial bila anda sampai!

Scroll to Top